Sejarah China (kawasan)

Rencana Utama: Sejarah China, Sejarah Republik China (1912–1949; 1949–Sekarang di Taiwan)Maharaja pertama China, Qin Shi Huang.

China merupakan antara pusat terawal tamadun manusia. Tamadun China juga merupakan salah satu daripada sedikit tamadun yang menciptakan sistem tulisannya yang tersendiri. Tamadun lain yang menciptakan tulisan tersendiri hanyalah Mesopotamia (Golongan Sumer), Tamadun lembah Indus, India, para Maya di Amerika Selatan dan tamadun Mesir purba.

Dinasti pertama menurut sumber sejarah China merupakan Dinasti Xia; akan tetapi tidak terdapat bukti arkilogi yang mengesahkan kewujudan dinasti ini. Dinasty pertama yang dapat disahkan merupakan Dinasti Shang yang menduduki lembah sungai Huang He daripada kurun ke 18 sehinggalah ke kurun ke 12 sebelum masihi (SM). Dinasti Shang pula digulingkan oleh Dinasti Zhou yang mengambil alih pemerintahan daripada kurun ke 12 sehingga ke kurun ke 5 SM. Kerajaan ini berpusat akan tetapi ini semakin terhampus dengan pemberian secara bebas tanah jajahan kepada bangsawan-bangsawan sehingga timbulnya negeri-negeri bebas dan kuat pada Era Musim Bunga dan Musim Luruh. Negeri-negeri ini hanya memberikan sedikit pengiktirafan kepada kerajaan pusat Zhou. Negeri-negeri ini kemudian dipusatkan semula dibawah pemerintahan satu maharaja China pada tahun 221 SM, iaitu maharaja Qin Shi Huang yang membawa kepada penubuhan Dinasti Qin, iaitu peyatuan semua tanah jajahan pertama dibawah China.

Kerajaan ini tidak dapat bertahan lama oleh sebab pemerintahan kuku besinya, dan bertindak memusnahkan banyak sumber-sumber yang dianggap berbahaya kepada pemerintahannya, iaitu para cendekiawan dan gologan terpelajar. Sumber-sumber ini tidak dilihat sebagai boleh membantu kerajaan dalam pentadbiran, meskipun itulah salah-satu kegunaan mereka. Selepas kejatuhan kerajaan Qin pada tahun 207 SM, muncul pula Dinasti Han, yang bertahan sehingga tahun 220 Masihi (M). Daripada dinasti inilah sumber kebanyakan orang Cina memangil diri mereka, iaitu Bangsa Han. Selepas dinasti ini era perpisahan wujud sekali lagi sehingga tahun 580, dengan penyatuan semula dibawah Dinasti Sui yang diikuti Dinasti Tang dan Dinasti Song. Pada masa inilah, China mengalami zaman emasnya. Daripada kurun ke 7 M sehinggalah kurun ke 14 M, China merupakan salah satu daripada tamadun yang paling maju di dunia dari segi teknologi, sastera dan seni lukis. Dinasti Songtumpas di tangan penjajah Mongol daripada Mongolia pada tahun 1279. Para Mongol dibawah Kublai Khan menubuhkan Dinasti Yuan, satu dinasti yang tidak disukai dan dianggap asing oleh orang Cina Han. Satu ahli golongan petani yang bernama Zhu Yuanzhang menggulingkan dinasti Yuan dan menubuhkan Dinasti Ming iaitu pemulihan pemerintahan bangsa Han terhadap negara China. Akan tetapi, China sekali lagi dijajah oleh orang asing dibawah Dinasti Qing yang ditubuhkan bangsa Manchu yang mengambil kesempatan merampas kuasa pada tahun 1644. Dinasti Qing ini ditumpaskan sekali lagi oleh bangsa Han pada tahun 1911 dengan pengusiran maharaja terakhir mereka, Puyi daripada tahkta. Bangsa Han sekali lagi gembira dengan pengambilan semula China kedalam tangan mereka.

Proses penukaran permerintahan daripada satu dinasti ke dinasti yang lain adalah sesuatu yang ganas dan melibatkan rasa tidak puas hati yang kuat terhadap golongan pemerintah. Oleh sebab ini, para pemerintah seringkali bertindak melakukan sesuatu yang akan memastikan penerusan pemerintahan mereka, seperti penanaman sifat setia terhadap mereka kedalam jiwa rakyat mereka. Sebagai contoh, selepas penggulingan dinasti Ming oleh orang Manchu, disebabkan rasa sangsi mereka terhadap bangsa Han, mereka mengambil sikap berhati-hati dalam perhubugan antara diri mereka dan bangsa tersebut, seperti memastikan semua dokumen rasmi kerajaan menggunakan bahasa Manchu disamping bahasa Cina. Akan tetapi, tindakan-tindakan preventif ini kelihatan tidak berhasil apabila para Manchu lupa bahasa dan budaya mereka dengan sepenuhnya dan menjadi sama dengan orang Cina Han.

Dalam kurun ke 18, China mendapat kemajuan teknologi yang lebih daripada para musuhnya di kawasan Asia Tengah, iaitu bangsa-bangsa yang mereka cuba untuk menjajah selama beberapa kurun kebelakangan itu. Pada masa yang sama, tamadun China terjatuh dibelakan Eropah daripada segi kemajuan teknologi. Keadaan ini menyebabkan situasi tegang pada kurun ke 19, dimana China mengambil pendekatan bertahan daripada penjajahan Barat pada masa yang sama ia menjajah kawasan Asia tengah. Lihat Penjajahan di Asia.

Akan tetapi, sebab utama penurunan standard tamadun China bukanlah disebabkan pengaruh Barat seperti didakwa para sejarahwan Barat yang sengaja memutar-belitkan fakta. Secara benarnya, penurunan tamadun ini disebabkan masalah politik dalaman. Paling utama adalah Pemberontakan Taiping yang bermula pada tahun 1851 sehingga ke tahun 1862. Perang saudara ini telah dimulai oleh pelampau ekstrimis Kristian Cina yang menganggap dirinya sebagai adik kepada Nabi Isa A.S. atau Jesus Christ, dan sejurus itu juga menganggap dirinya sebagai tuhan. Walaupun kerajaan menang dalam pentempuran ini, ia dianggap sebagai sebagai salah satu perang saudara yang paling ganas dalam sejarah manusia, dan mengorbankan sebanyak 20 juta nyawa (lebih daripada jumlah terkorban dalam Perang Dunia 1). Sebelum ini, terdapat juga beberapa pemberontakan oleh umat Islam terutama di Asia tengah. Satu lagi pemberontakan adalah Pemberontakan Boxer yang timbul akibat kebencian terhadap Barat yang suka menjajah. Maharatu Ci Xi pada masa itu secara terangnya menentang pemberontakan ini walaupun dia secara senyap menyokongnya.

Pada tahun 1912, selepas penurunan standard yang lama berlaku, empayar China akhirnya roboh dan Republik China, satu negara mengikuti definasi moden sesuatu negara, muncul. Tiga dekad selepas itu merupakan dekad yang huru-hara dan tidak aman, dan pembahagian wujud disebabkan kewujudan panglima perang, Perang China-Jepun (1937-1945) dan Perang Saudara China. Perang saudara yang berlaku berakhir pada tahun 1949 dengan penubuhan Republik Rakyat China, negara komunis yang baru ciptaan Parti Komunis China di tanah besar China. Republik baru ini mendakwa bahawa kewujudannya memansuhkan kesahihan Republik yang lama. Republik yang lama pula berpindah ke pulau Taiwan dan terus diiktiraf sebagai kerajaan sah seluruh China oleh blok Barat dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sehingga dekad 1970-an. Selepas dekad itu, kebanyakan negara memilih untuk mengiktiraf Republik Rakyat China pula.

Negara Britain dan Portugal menyerahkan kembali Hong Kong dan Makau kepada China pada tahun 1997 dan 1999. Nama China dalam konteks moden bermaksud kawasan tanah besar China dan tidak termasuk dua bandar yang disebut diatas dan Taiwan.

Republik Rakyat China (PRC) tidak mengiktiraf Republik China (ROC) kerana mendakwa bahawa ia merupakan entiti yang tidak lagi wujud berikutan 'penggantian'nya oleh PRC. PRC menuntuk hak perintah kesemua China termasuk Taiwan. ROC pula secara rasmi masih menuntuk hak perintah tanah besar termasuk Mongolia dan wilayah Xizang (Tibet), akan tetapi, gerak-gerinya yang terbaru menampakkan pengalihan daripada posisi ini dan kecenderungan terhadap menganggap dirinya sebagai satu entiti bebas Taiwan. PRC membantah tindakan-tindakan ini dan berkata ia mengundang perang. Isu-isu ini diterangkan secara lebih lanjut dalam rencana Kemerdekaan Taiwan, Penyatuan semula dengan China dan Status Politik Taiwan. Lihat juga Sejarah Taiwan, Sejarah Makau dan Sejarah Hong Kong.